Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selamba Pergi Pasar Malam, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Humble Betul, Senyum Jer Dekat Orang Kampung...”

Firdaus
11/02/2024 04:55 MYT
Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan sifat rendah diri walaupun menerima gelaran penyanyi nombor satu oleh rakyat Malaysia.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelantun lagu Wajah Kekasih itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia dan keluarganya tanpa segan-silu berbelanja di pasar malam.

BERITA TRENDING: Foto Mesra Siti Nurhaliza Bersama Keluarga Jadi Jawapan Buat Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


“Sangat rendah diri, muka tak pernah tak senyum. Sesulit apa pun keadaan tak pernah sombong, macam mana lah tak sayang dia,”

“Masih pergi pasar malam, siap beli permainan lagi. Memang Siti seorang yang humble,”

“Tak sombong kan Siti ni. Humble betul. Senyum je dekat orang kampung, mana lah tak murah rezeki dia. Baik sangat.”

Setakat artikel ini ditulis, entri tersebut meraih lebih 10,000 tanda suka serta hampir 500,000 tontonan di TikTok.

Sumber: TikTok

#Viral #Siti Nurhaliza #Datuk Seri siti Nurhaliza #CTDK #Tokti #Pasar Malam
;