,
Drama

Selami Dunia 'Project; Exit'! Tonton 4 Episod Pertama Di On Demand Mulai 1 November!

Umirah Halim
24/10/2024
15:55 MYT
Siri terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd, Projek; Exit bakal menemui penonton pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108).

4 episod akan disiarkan di OnDemand

Secara eksklusif bagi penggemar siri premium Astro Originals, Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’ yang merangkumi episod 1 hingga 4 akan mula bersiaran pada 1 November 2024 secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.

Manakala Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan bersiaran pada 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
‘Project; Exit’ yang merupakan daripada “Project Universe”, mengisahkan tentang empat remaja merancang untuk melarikan diri dari tempat yang menyeksa mereka secara mental.
Siri 6 episod ini mengikuti perjalanan Jannah, seorang perempuan yang dihantar ke pusat pemulihan akhlak dipanggil INSAN selepas gagal dalam percubaan untuk membunuh dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

ARTIKEL BERKAITAN: Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emos

ARTIKEL BERKAITAN: Langkah Menuju Pemulihan: Mengatasi Stigma dan Mencari Bantuan Kesihatan Mental

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui Jenis-Jenis Penyakit Mental, #5 Tu Paling Merisaukan!

Drama ini akan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Sinopsis Projek; Exit

Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.mybagi info lanjut untuk melanggan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni