Pelakon Zizie Izette telah selamat melahirkan bayi lelaki kembar pada awal pagi semalam (Jumaat).

Khabar gembira itu diumumkan Zizie menerusi Instagramnya hari ini.

"Ibu yang menyambut hari ulang tahun kelahiran bersama dua 'hadiah' awalnya.

"Jangkanya akan bersalin hari ini tetapi pembedahan C-Section terpaksa dilakukan semalam (Jumaat, 29 Disember 2017) pada pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi," tulis Zizie.

Kedua-dua bayi lelakinya dilahirkan masing-masing seberat 2.74 dan 2.78 kilogram.

"Alhamdulillah, kedua-dua bayi saya sihat.

"Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang mendoakan saya," tambah Zizie.

A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!! Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5:48am & 5:50am, weighing 2.74 (baby boy1) and 2.78 (baby boy2). Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yg x terhingga kpd semua yg telah mendoakan saya. #blessed #twinboys #happymom #birthdaymommy #30thdec #29thdec

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on


Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, telah mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Instagram @zizieizette