Hiburan

Selaput Mata Terkoyak, Saharul Ridzwan Tak Serik Pakai Contact Lense

gempak
Ahmad Shah
08/11/2016
07:29 MYT
Sponsor Banner
Selaput Mata Terkoyak, Saharul Ridzwan Tak Serik Pakai Contact Lense
Pelakon Saharul Ridzwan akui tidak serik atau fobia untuk kembali menggunakan kanta lekap selepas terkoyak selaput mata kiri baru-baru ini.
Saharul berkata dia lebih selesa menggunakan kanta lekap berbanding cermin mata dalam aktiviti hariannya terutama ketika menjalani penggambaran.
"Saya memang seorang yang rabun dan saya bergantung kepada cermin mata dan kanta lekap untuk aktiviti harian.
"Baru-baru ini, saya menjalani penggambaran hingga ke malam dan pada masa sama memakai kanta lekap melebihi 12 jam.
"Apabila mahu membukanya, ia agak sukar sehingga menimbulkan rasa pedih dan gatal-gatal.
"Tak sangka pula apabila mendapat rawatan doktor, rupa-rupanya selaput mata saya terkoyak dan ada luka kecil di situ.
"Namun kini, terus-terang saya tidak serik dan akan kembali memakai kanta lekap selepas saya baik sepenuhnya kerana ia lebih selesa dan mudah untuk saya menjalani aktiviti harian saya berbanding memakai cermin mata," katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Bagaimanapun, Saharul memberitahu insiden itu bukanlah julung kali dialaminya kerana beliau pernah melalui masalah serupa pada lima tahun lalu.
"Buat masa ini, doktor memberikan ubat kebas yang perlu dititik pada mata setiap enam jam. Apapun, mujurlah ia tidak mengganggu jadual penggambaran saya," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Saharul baru sahaja tamat penggamaran telemovie bersama produksi JS Pictures bersama pelakon-pelakon lain seperti Zara Zya, Janna Nick, Idris Khan dan Dayana Roza.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live