Aktor Kamal Adli mengakui selesa bergandingan bersama pelakon Uqasha Senrose untuk sesebuah produksi drama.

Memetik laporan HLive, mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja berdua.

“Sejujurnya kami memang selesa untuk bekerja bersama sebab di luar pun kami memang rapat.

r i n d u ?

A post shared by K.A (@kamaladli) on


“Terima kasih kepada semua yang menyokong drama Setelah Terlafaznya Akad dan sukakan gandingan kami berdua,” ujar Kamal.

Tambah Uqasha lagi, dia bersyukur apabila peminat boleh menerima gandingan dia bersama Kamal.

“Kami dapat memainkan watak masing-masing kerana ada ‘chemistry’ yang kuat. Peminat pula boleh nampak dan terima.



“Sebagai pelakon, kiranya kami berjaya la buat peminat percaya jadi terima kasih saya ucapkan,” ujar Uqasha lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).