Selebriti Bertanding PRN; Ada Bekas Pemain Bola, Baddrol Bakhtiar Sampai Altimet, Baby Shima Apa Cerita?
Maliah Surip
29/07/2023 03:55 MYT
29/07/2023 03:55 MYT
Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon mula dibuka pada 9 pagi ini.
Enam negeri yang terlibat dalam PRN ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Semua bakal calon mewakili parti-parti politik atau bertanding atas tiket Bebas sudah menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di semua pusat penamaan calon.
Tapi tahukah anda selain para politikus, ada dalam kalangan selebriti seperti artis dan bekas pemain bola sepak yang ikut bertanding dalam PRN kali ini.
Namun ini juga pembabitan pertama kali barisan selebriti bertanding kerana sebelumnya sudah ada Azwan Ali, Aishah, Herman Tino, Datuk Eizlan Yusof dan Lando Zawawi misalnya mencuba nasib dalam bidang politik.
Jadi siapakah mereka yang akan ikut bertanding PRN di enam negeri diadakan serentak 12 Ogos depan?

Baddrol Bakhtiar - DUN Gurun
Bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah kali ini.
Baddrol, 35, sebelum ini mengumumkan pengundurannya dalam arena bola sepak untuk menceburkan diri dalam bidang politik.
Baddrol yang juga merupakan tunjang utama pasukan Sabah FC sebelum ini mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan Datuk Johari Abdul susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember lalu.
Selain Baddrol, seorang lagi legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diumumkan bertanding bagi kerusi DUN Alor Mengkudu.
Radhi yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, pernah menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tewas di Parlimen Pokok Sena.

Altimet - DUN Lembah Pantai
Komposer dan penyanyi Altimet menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Pantai seperti yang diumumkan sebelum ini.
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman menghantar pencalonannya sekitar pukul 8.30 pagi tadi di Pusat Penamaan Calon Dewan Dato Ahmad Razali.
Rombongan disertai lebih 300 orang penyokong berarak sejauh lebih 700 meter dan dimeriahkan dengan laungan Reformasi dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Tahun lalu Altimet menewaskan rakan seperjuangan, Dato’ Hans Isaac sekaligu memenangi jawatan sebagai Ketua PKR cabang Ampang.

Baby Shima
Penyanyi Baby Shima sempat membikin kejutan apabila mengumumkan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), lima hari lalu.
Baby Shima mengatakan akan bertanding atas tiket parti Bebas. Pengumuman tersebut dibuat menerusi sepotong video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Selepas kecoh, Nor Ashima Ramli yang dihubungi media kemudian mengatakan dirinya hanya berseloroh dan tidak akan bertanding dalam arena politik.