GAYA HIDUP
Selebriti Gred A Lonjak Jenama Amber Ke Pasaran Antarabangsa - "CelebFest Di Singapura Membuka Ruang Lebih Besar ..."
Jenama Amber di bawah Usanita Sdn Bhd semakin berkembang di peringkat antarabangsa selepas berjaya menembusi pasaran Singapura melalui penyertaan di CelebFest di Singapura baru-baru ini.
Kejayaan ini didorong oleh enam duta selebriti terkenal seperti Fattah Amin, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Nora Danish, Aina Abdul, dan Sophia Albarakbah yang membantu menarik perhatian peminat serta pembeli luar Malaysia.
Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Usanita, Shafiq Ikhwan, kehadiran selebriti ini bukan sahaja meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya, malah memperkukuhkan jenama Amber di pasaran serantau.
"Kami percaya pemilihan keenam-enam duta ini sangat tepat kerana mereka bukan sahaja mempunyai pengaruh besar, tetapi turut membantu membangunkan jenama Amber. Kehadiran mereka telah meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya tahun ini," katanya.
.jpg)
.jpg)
Shafiq juga menekankan bahawa kolaborasi bersama selebriti terkenal memberi impak positif kepada jenama ini, sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk berkembang ke peringkat global.
"Pengaruh selebriti dalam dunia fesyen sememangnya tidak boleh disangkal. Mereka bukan sahaja menjadi inspirasi kepada peminat, malah berjaya menjadikan Amber semakin dikenali ramai di Malaysia dan luar negara.
“Kami melihat perkembangan ini sebagai satu kejayaan besar dan akan terus bekerjasama dengan ikon-ikon berpengaruh bagi memperkukuhkan jenama Amber di pasaran serantau,” jelasnya.
Amber tarikan utama di CelebFest
CelebFest, festival membeli-belah terbesar menjelang Aidilfitri, berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Suntec City, menghimpunkan jenama terkenal serta selebriti dari Malaysia, Singapura, dan Brunei.Sebagai penaja utama, Usanita menarik perhatian ramai menerusi jenama fesyen Amber yang menampilkan koleksi eksklusif Romantics Raya.
Menurut Shafiq, penyertaan di CelebFest bukan sekadar peluang jualan, tetapi juga platform terbaik untuk mengukuhkan jenama di peringkat antarabangsa.
"Usanita sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada CelebFest kerana festival ini bukan sekadar acara jualan biasa. Ia merupakan perhimpunan jenama terkenal, selebriti, serta usahawan hebat dari rantau ini.
“Di sinilah peluang untuk kita bukan sahaja berniaga, tetapi juga berkongsi inspirasi, membina jaringan, dan memperkukuhkan hubungan serantau,” tambahnya.
Dengan kejayaan ini, Usanita optimis untuk terus membawa Amber ke peringkat lebih tinggi serta meluaskan pengaruhnya melalui kerjasama strategik bersama selebriti berpengaruh.
Must-Watch Video