Laman Utama
Selebriti Lelaki Ditahan Kes Amang Seksual: “Mangsa Terdiri Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Remaja Bawah Umur"
Seorang selebriti lelaki ditahan polis di sekitar daerah Klang pada Khamis untuk siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki.
Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an itu kini direman enam hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut.
"Selebriti berusia lingkungan 40-an itu ditahan untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak-kanak dan remaja bawah umur.
"Mangsa-mangsa ini terdiri dalam kalangan belasan tahun," kata sumber itu pada Jumaat.
Tambah sumber, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti daerah yang terlibat dalam kes ini.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.