Selebriti Rai Majlis Ulang Tahun Kelahiran Siti Nurhaliza

Syafiqah Jalal
Januari 10, 2017 02:57 MYT
Selebriti terkenal tanah air telah memeriahkan majlis ulang tahun ke-38 kelahiran penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin yang diadakan di The View, G Tower Hotel, Kuala Lumpur, kemarin.
Majlis itu bagaimana pun disambut awal dari tarikh ulang tahun sebenar Siti Nurhaliza yang sepatutnya jatuh pada 11 Januari ini (esok).
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Aaron Aziz, Fasha Sandha, Izara Aishah, KilaFairy, Nazim Othman, Johan Raja Lawak dan isteri, Elizabeth Tan, Farahdhiya dan ramai lagi.
Dalam majlis tersebut semua tetamu yang hadir memakai baju dalam tema yang sama iaitu putih, namun Siti Nurhaliza yang hadir bersama suaminya Dato' Khalid Mohd Jiwa lengkap berpakaian sedondon dengan rona hitam.
Turut sama memeriahkan majlis ulangtahun kelahiran penyanyi tersohor negara itu termasuklah, keluarga serta teman rapat pasangan tersebut.
Berikut merupakan foto dan video sepanjang majlis itu berlangsung yang dikongsikan dalam akaun Instagram Official Simply Siti:
#Penyanyi #Siti Nurhaliza #Penyanyi #Hari Jadi #Izara Aishah