Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Selebriti Suka Buat Hal Didakwa Penipu Sebab Nak Lariskan Produk?

Miss K 17/07/2020 | 11:16 MYT
Miss K terdengar keluhan seorang rakan Miss K yang terlibat dengan dunia produksi.
Dengar cerita, ada seorang selebriti ni kaki propa.
Janji nak datang shooting, so team produksi ni pun dah sediakan semua persiapan.
Tiba-tiba, bila sampai hari yang dinantikan iaitu hari shooting, dia boleh cancel last minute!
Terkebil-kebil semua krew yang menanti kelibat selebriti ni.
Lepas tu bila nak cancel tu, boleh pula dia bagi alasan tak munasabah... Terlupalah, dah ada hal lainlah...
Berapi-api Miss K dengar cerita dari rakan Miss K yang memang dah geram dengan selebriti ni... Suka buat hal!
Lepas tu, terdengar dari rakan yang sama juga, selebriti ni didakwa penipu.
Selebriti terbabit kini sedang menjadi wajah sebuah produk.
Bukan main jual produk itu ini, tapi terdengar pula dakwaan yang dia tak amalkan pun produk tu!
Dakwa rakan Miss K, selebriti tu pergi jumpa pakar perubatan, buat beberapa prosedur dan pembedahan, lepas tu claim hasilnya semuanya adalah kerana produk tu.. Nak lariskan produk ke tu?
Hmmm... Miss K tak berani nak komen lebih-lebih... Dah namanya pun dakwaan kan...
Apa yang penting, lebih baik kita tak payah bergantung dengan produk.
Kalau nak muka flawless, rajin-rajin minum air masak, jaga pemakanan, jaga waktu tidur dan yang paling penting, selalu ikuti rutin untuk kebersihajn muka, bukan cocok-cocok tau!
Kalau nak kurus pula, bersenam, diet, jaga makan... Bukan ikat perut atau potong usus!
Miss K: Lepas Mira Filzah, Ernie Zakri pula mengaku yang dia bakal berkahwin. Giliran artis mana pula lepas ni tamat zaman bujang?
#Miss K #Miss K #Selebriti Penipu
;