,
Hiburan

Selebriti Yang Pernah Bergelar Guru

Syafiqah Jalal
16/05/2017
03:14 MYT
Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya.
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik:
1. Ana Rafali
Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur sejak Mei 2016. Ana yang mengajar subjek bahasa inggeris di sekolah tersebut turut memiliki ijazah dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Teknolog MARA (UiTM) Shah Alam.
2. Tasha Manshahar Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oh No’ ini telah memulakan kariernya sebagai seorang guru bahasa inggeris pada Jun tahun lalu. Pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 24, telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah rendah di Melaka.
3. Lisa Surihani Tahukah anda, pelakon jelita Lisa Surihani juga pernah bergelar seorang guru sekitar tahun 2003. Lisa pernah bertugas sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
4. Ally Iskandar
Pengacara popular, Ally Iskandar juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Tunku, Petaling Jaya. Selain itu, Ally juga sebelum ini pernah bergelar pensyarah di Kolej Yayasan Pelajaran Mara di Cheras, Kuala Lumpur.
5. Shah Iskandar Pelakon popular ini juga dikatakan pernah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Sebelum menceburi bidang lakonan, Shah pernah menjadi seorang guru selama setahun di Rainbow Centre, iaitu sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.
6. Adibah Noor Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terlalu Istimewa’ ini pernah bertugas sebagai seorang guru sekitar tahun 1993. Adibah juga pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Taman Dato' Keramat, Kuala Lumpur sebagai seorang guru bahasa inggeris.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ramai Yang Tak Sedar Kekurangan Diri, Akhirnya ..." - Luqman Podolski

gempak
14/10/2024
18:32 MYT
Tidak sedar dengan kemampuan diri dan menganggap segala-galanya akan beres merupakan antara sifat yang sering membelenggu segelintir daripada ahli masyarakat.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
14/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Hiburan

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Dapat Sambutan Hebat Dari Indonesia - "Pemainnya Fresh, Musiknya Keren"

gempak
13/10/2024
08:59 MYT
Selepas enam episod bersiaran di saluran Astro Ria, platform Astro Go dan sooka, drama adaptasi Jepun, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi turut menambat hati penonton dari negara jiran, Indonesia.
BorakSeeni