,
Hiburan

Selena Gomez Bakal Berkahwin Dengan Bill Murray?

Kamaruddin Razal
21/05/2019
14:46 MYT
Penyanyi Selena Gomez membuat kejutan buat peminatnya apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya.
Selena mengumumkan bakal berkahwin dengan pelakon Bill Murray menerusi laman Instagramnya.
Menurut laporan Astro Awani, Selena memuat naik beberapa gambar ketika sedang menghadiri Festival Filem Cannes 2019 baru-baru ini berkata dia akan berkahwin dengan Bill Murray, 68.
"Ini adalah pertama kali saya menghadiri festival Filem Cannes dan saya sangat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada filem bersama Jim dan juga kru yang terlibat, dan ya saya akan berkahwin dengan Bill," katanya melalui kapsyen di Instagram.
Bagaimanapun, Selena, 26, yang mula dikenali melalui sitkom terbitan Disney, Wizards of Waverly Place itu hanya membiarkan peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.
Salena dan pelakon filem Ghostbusters itu bergandingan buat pertama kali menerusi filem seram komedi The Dead Dont Die.
Mereka kini sedang sibuk mempromosikan filem berkenaan yang akan ditayangkan pada 14 Jun.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hollywood

Selena Gomez Kini Bilionair, Miliki Nilai Kekayaan Sebanyak ...

gempak
08/09/2024
09:50 MYT
Selena Gomez baru berusia 32 tahun namun jangan main-main apabila menyebut tentang aset atau kekayaan yang telah dimiliki oleh bintang Hollywood ini.
Laman Utama

"Saya Tak Sokong Apa-Apa" - Selena Gomez Nak Padam Akaun Instagram?

gempak
03/11/2023
15:55 MYT
Kenapa ni Selena?
Laman Utama

Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram

gempak
23/09/2023
13:50 MYT
Selena akui terbeban
Laman Utama

Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki

gempak
02/07/2023
14:50 MYT
Tak baik putar belit
BorakSeeni