Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Selena Gomez ‘Delete’ Instagram Seminggu Sekali

Syafiqah Jalal
23/03/2017 08:06 MYT
Penyanyi dan pelakon popular Hollywood, Selena Gomes dalam satu temubual bersama New York Times akui memadam aplikasi Instagram (IG) di dalam telefon bimbitnya setiap minggu.

Selebriti yang mempunyai 114 juta pengikut di IG itu berkata, tidak tahan dengan komen negatif netizen punca dia bertindak sedemikian.

Selain itu, Selena yang bakal muncul dalam sebuah program terbaru di Netflix iaitu “13 Reason Why” turut membidas pengikut yang gemar melontarkan komen negatif dan menganggap mereka sebagai pembuli.

“I knew what it meant to be bullied. I went to the biggest high school in the world, which is the Disney Channel. And my mom had a lot of history dealing with (bullying),” kata Selena yang rimas dengan komen-komen buruk tentang dirinya di laman sosial.

Bekas teman wanita Justin Bieber itu juga memberitahu Times setiap kali dia menerima komen negatif di IG, dia akan memadam aplikasi tersebut agar ia tidak mengganggu emosi dan menjatuhkan semangatnya.

I delete the app from my phone at least once a week.

“It’s like they want to cut to your soul. Imagine all the insecurities that you already feel about yourself and having someone write a paragraph pointing out every little thing, even if it’s just physical,” jelas Selena dalam temubual bersama majalah tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, para peminat bintang Disney ini boleh saksikan Selena Gomez menerusi program “13 Reason Why” di Iflix yang akan bersiaran bermula 31 Mac 2017.

Sumber : huffingtonpost.com
Olahan : Izzat Ridzwan
#Hollywood #Selena Gomez #Hollywood
;