Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selena Gomez Lega Hidap Bipolar: "Seperti Satu Beban Besar Terlepas"

Maliah Surip
23/08/2021 14:20 MYT
Bintang antarabangsa, Selene Gomez baru baru ini muncul menjadi sampul wajah majalah ELLE untuk edisi September 2021.

Menerusi temubual yang dijalankan, penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun tersebut antaranya bercerita tentang tahap kesihatan mentalnya.

Sebelum ini umum mengetahui mantan kekasih Justin Bieber ini didignos menghidap penyakit lupus pada tahun 2014. Lupus adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan tindakbalas antibodi atau sistem imun badan seseorang.

Penyanyi Lose You to Love Me itu kemudian memberitahu saat media mengetahui dirinya menghidap lupus, dia lebih tertekan dengan spekulasi dan berita yang disiarkan.

"Ada yang cakap saya kecanduan dadah, ketagihan alkohol, liar dan berpesta. Banyak. Banyak naratif negatif dan jahat ditulis.

"Jadi satu hari saya fikir hal ini tidak boleh dibiarkan. Saya mahu membetulkan keadaan. Saya mahu beritahu dunia jadi saya kemas kini sesuatu di Instagram saya yang berbunyi: "Saya mahu 'mengambil semula' (reputasi baik) nama saya."

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat ini akhirnya membuka mulut selepas sempat meninggalkan dunia alam maya yang disifatkan sebagai menganggu. Padahal selama empat tahun, Gomez menjadi individu paling ramai diikuti penggemar di akaun media sosialnya.

"Ya saya 'hilang'. Saya bergelut dengan masalah kesihatan mental. Saya menghidap depresi dan anxiety," katanya dalam temubual tersebut.

Dia kemudian mengulangi temubual dengan mengatakan pertama kali didignos menghidap bipolar pada tahun 2018. Pengakuan tersebut telah diungkapkannya pada April 2020 dalam acara Instagram Live Miley Cyrus, Bright Minded.

Gangguan bipolar adalah gangguan mental yang menyebabkan perubahan yang tidak biasa terkait dengan suasana hati, energi dan aktiviti seharian.

"Waktu itu saya rasa seperti satu beban besar telah hilang setelah mengetahui saya menghidap bipolar.

"Saya boleh menarik nafas lega dan menerima kenyataan. Okay, itu telah menjelaskan banyak sebab," akui Gomez.

Menurut Gomez, selama tidak memiliki media sosial dia lebih tenang dan bebas melakukan banyak hal tanpa perlu memikirkan apakah gambar yang akan dikemas kini pada hari tersebut.

"Saya bertanya diri sendiri apa tujuan buat semua ini? Seperti memuat naik gambar kuku?

"Jadi saya mula melakukan hal yang lebih bermanfaat. Melawat kanak kanak di hospital. Membantu seberapa banyak yang saya boleh. Saya mahu orang mengenang kebaikan setelah saya tiada lagi nanti," katanya.

Malah katanya hari ini dia akan mendapatkan maklumat secara langsung daripada rakan atau sesiapa sahaja yang diinginkan.

"Sejak tahun 2017 akaun media sosial saya dijaga oleh pengurus. Saya hanya menyediakan bahan untuk dikemas kini, namun kebanyakan berkaitan kerja.

"Dulu saya boleh menghabiskan berjam jam hanya untuk melihat kehidupan orang lain dari media sosial, tetapi kini saya bebas.

"Jika saya mahukan satu maklumat atau rakan ingin berbicara dengan saya, mereka akan telefon sebab mereka tahu saya tidak lagi melihat apa yang ada atau dikemas kini dalam media sosial," katanya.

Sumber & Kredit Foto: ELLE
#Penyanyi #Hollywood #Selena Gomez #Bipolar #LUPUS
;