Sejak kebelakangan ini, tular kisah percintaan penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber bersama tunangnya, Hailey Baldwin.

Seperti diketahui ramai, Justin telah bercinta bersama penyanyi Selena Gomez sebelum ini, namun hubungan mereka terputus.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan Selena masih merindui bekas teman lelakinya itu walaupun dia sudah bahagia dan sibuk dengan kehidupannya sendiri.

"Walaupun Selena sibuk dengan kehidupan sendiri, dia masih merindui Justin kerana itulah lelaki paling dicintainya dahulu.

"Namun begitu, Selena tidak akan menganggu hubungan Justin dan Hailey," kata sumber.

Kenyataan itu telah membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada Selena akan menghubungi Justin jika hubungannya bersama Hailey berakhir.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com