Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selena Gomez Tak Sedia Serius Dalam Hubungan

Asraf Aided
11/12/2020 00:30 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Selena Gomez dilaporkan menjalin hubungan bersama pemain basketball NBA, Jimmy Butler.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Celebrity Insider, penyanyi lagu Ice Cream itu sebenarnya masih dalam fasa mencari kebahagiaan untuk diri sendiri.

Oleh itu, Selena dikatakan tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan percintaan yang serius buat masa ini.

Untuk penjelasan yang lebih tepat, Selena selesa menjalinkan hubungan dan pada masa yang sama, dia juga selesa untuk kekal solo. Apa yang penting, dia tidak mahu terburu-buru dalam banyak perkara.

"Selena sangat menikmati kehidupan solo dan dia juga tidak menolak untuk bercinta. Namun, dia tak mahu terburu buru dalam sesebuah perhubungan yang dijalin," kata satu sumber.

Difahamkan, Selena menetapkan haluan hidup sebegitu apabila dia kembali kuat selepas mengalami kekecewaan akibat putus cinta bersama penyanyi Justin Bieber beberapa tahun lalu.
Sebelumnya, gosip asmara antara penyanyi berusia 28 tahun itu dengan Butler pertama kali muncul pada pertengahan November lalu ketika seorang pengguna media sosial melihat keduanya makan malam bersama di Lucien New York City.

Menurut E!, Gomez dan Butler telah dating beberapa kali.

Sumber : Celebrity Insider

#Hollywood #Selena Gomez
;