,
Laman Utama

Selepas 12 Tahun Berkahwin, MB Perlis & Sova Ali Sah Bercerai

Gempak
26/08/2022
00:46 MYT
Selepas 12 tahun usia perkahwinan, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Sova Ali, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Khamis.
Peguam Syarie Nurul Atikah Abd Rashid yang mewakili Azlan selaku defendan berkata, Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim mengesahkan perceraian tersebut pada prosiding yang berlangsung secara tertutup.
"Hakim mengesahkan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak-pihak berhubung perceraian yang dilafazkan defendan di Jakarta, Indonesia pada 23 April lalu,” katanya ketika ditemui pemberita.
Berdasarkan Seksyen 57, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talak itu.
Sementara itu, Peguam Syarie Muhammad Syafiq Ibrahim yang mewakili Sova selaku plaintif berkata anak guamnya memfailkan saman berhubung pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, pada 3 Jun lepas.
“Setakat ini tiada apa-apa tuntutan berkenaan nafkah, harta sepencarian dan sebagainya.
“Saya masih menunggu arahan anak guam,” katanya dan menambah saman itu difailkan di mahkamah di sini kerana anak guamnya bermastautin di Bangi.
Prosiding pengesahan perceraian itu sepatutnya berlangsung pada 4 Julai lalu, namun ditangguhkan ke Khamis kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu tidak hadir atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu

gempak
26/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Que Haidar mengesahkan dia dan Linda Jasmine telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

gempak
19/10/2024
02:55 MYT
Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Viral

Adakah Talak Jatuh Kerana Paksaan Bercerai?

gempak
17/08/2024
04:55 MYT
Adakah jatuh talak jika seorang suami dipaksa menceraikan isterinya?
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Laman Utama

Berbalah, Britney Spears & Suami Bakal Bercerai?

gempak
17/08/2023
03:50 MYT
Sam tuduh Britney curang
Unitar