Hiburan

Selepas 13 Tahun, GSC Pavilion Ditutup! Pawagam Dari China Ambil Alih?

gempak
Amri Hassan
07/02/2020
01:08 MYT
Sponsor Banner
Selepas 13 Tahun, GSC Pavilion Ditutup! Pawagam Dari China Ambil Alih?
Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan menutup cawangan di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur bermula 16 Februari depan.
Notis penutupan itu diketahui menerusi sebuah makluman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pawagam berkenaan pada Khamis.
Menurut notis berbahasa Inggeris itu, orang ramai masih boleh menonton filem pilihan mereka di GSC berhampiran seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall.
"Kami ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaki wayang atas sokongan anda ke atas GSC Pavilion sejak ia dibuka (sekitar 12 tahun lalu).
"Nantikan pembukaan GSC di lokasi terbaharu," jelas makluman berkenaan. Untuk rekod, GSC Pavilion Kuala Lumpur mula dibuka pada 29 November 2007.
Dalam pada itu, terdapat khabar angin yang mendakwa pawagam berkenaan bakal diambil alih oleh syarikat pawagam dari China.
"Kontrak sewa GSC tamat kemudian DaDi Cinemas dari China membuat tawaran kepada Pavilion untuk lot GSC dengan harga jauh lebih tinggi.
"GSC mengalah, tiada guna untuk lawan dengan syarikat besar dari China. Pavilion tempat pelancong, pelancong tak tengok wayang," tulis pemilik akaun @Pelabur_Bijak di Twitter.
"Sedihnya GSC Pavilion akan berhenti operasi dan akan digantikan dengan Emperor Cinema, syarikat dari China," tambah @akmalhizzat.
Bagaimanapun, masih tiada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.
Sumber: GSC Cinemas, Awani, Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live