“Selepas 13 Tahun, Masih Ramai Peminat Bertanya Apa Yang Terjadi Pada Jason” Sharifah Amani Imbas Kembali Kenangan Filem Sepet

Badrul Hashim
Disember 6, 2018 04:37 MYT
Menurut Sharifah Amani, selama tiga belas tahun, peminat-peminat filem Sepet masih bertanyakan soalan yang sama tentang pengakhiran filem tersebut. ‘Apa yang terjadi kepada Jason?’.
Kata Syarifah Amani lagi, arwah Yasmin Ahmad sering bertanya kepada para penonton filem Sepet apa yang mereka jangkakan terjadi kepada Jason. Arwah pernah berkata dia boleh menilai seseorang itu daripada jawapan yang diberi.
Sharifah Amani bertemu kembali dengan Ng Choo Seong yang melakonkan watak Jason baru-baru ini di Festival Filem Antarabangsa Singapura yang turut menayangkan kembali filem Sepet.
“Masing-masing ada life sendiri. But once in a while when we do get to meet, it’s like nothing has changed. Time stops and we’re just Orked and Jason again,” tulis Sharifah Amani di Instagram beliau.
Pada tahun 2005 di Festival Filem Malaysia ke18, Filem Sepet memenangi tujuh anugerah daripada sepuluh pencalonan termasuklah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.
#Sharifah Amani #Ng Choo Seong #Sepet