gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sambut ‘Birthday’ Bersama, Anak Sulung Fizo Omar Siap Beli Hadiah Untuk Adik-Adik - “Maryam Bagus, Dia PIlih Sendiri…”
HIBURAN
Ungku Ismail Wujudkan Aplikasi 'Power Congak' Sebab...
HIBURAN
Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Selepas 14 Hari Jemaah Malaysia Hilang, Anak Sahkan Bapa Ditemui Meningga Dunia – “Mohon Jangan Tanya Tentang…”

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
01/04/2023
05:46 MYT
Sponsor Banner
Selepas 14 Hari Jemaah Malaysia Hilang, Anak Sahkan Bapa Ditemui Meningga Dunia – “Mohon Jangan Tanya Tentang…”
Selepas 14 hari pencarian, jemaah Malaysia, Rosli Salleh, 62, yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu disahkan telah meninggal dunia.
Perkara itu dimaklumkan anaknya sendiri, Muhammad Farid Rosli menerusi hantaran terbaharu di kumpulan Facebook, Group Umrah pada Khamis.
“Assalamualaikum. Update (laporan) terbaharu, kami sekeluarga telah menjumpai ayah (Rosli) kami. Beliau telah meninggal dunia di sana (Mekah).
“Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikan untuknya di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin Insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Farid turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dalam misi pencarian bapanya itu.
“Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.
“Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, Muhammad Farid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan bapanya apabila gagal dihubungi sejak 17 Mac lalu ketika mengerjakan ibadah tersebut secara bersendirian tanpa ejen.
Topic Berkaitan
#Umrah
#Meninggal
#Dunia
#Hilang
#Jemaah
#ditemui
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement