Kali terakhir Dayang Nurfaizah mempertaruhkan lagu-lagu berunsurkan klasik ialah pada 15 tahun menerusi album Kasih.
Terbaru membuka tirai 2021, Dayang melancarkan album studio kesembilan dan dijudulkan sebagai Belagu yang dibarisi dengan lagu Melayu klasik malar segar.
Dipetik dari perkataan dalam dialek Melayu Sarawak, Belagu membawa maksud menyanyi, dan album ini hadir dengan lapan buah lagu yang mengetengahkan intrepretasi segar Dayang serta disempurnakan dengan susunan dan gubahan muzik oleh penerbit tersohor, Aubrey Suwito.
Menariknya, lagu Tudung Periuk bakal menjadi trak pertama dari album ini yang akan dilancarkan kepada umum.
Menurut Dayang, pemilihan Tudung Periuk sebagai lagu pertama adalah kerana kemasyhuran lagu itu di kalangan orang Melayu sejak dahulu lagi.
“Liriknya yang begitu puitis disempurnakan lagi dengan melodi yang mengasyikkan, Tudung Periuk cukup jelas mempamerkan esen muzik tradisional Melayu.
“Kami melancarkan lagu ini terlebih dahulu sebagai pembuka kepada semua peminat supaya mereka tahu apa yang bakal kami sajikan kepada mereka sepenuhnya apabila album ini dilancarkan sepenuhnya kelak.
“Jika mereka sukakan Tuding Periuk, pastinya mereka akan sukakan suntikan segar pada lagu-lagu di dalam Belagu,” katanya.
Tambah Dayang keistimewaan album kali ini tidak hanya pada susunan muziknya yang diterajui oleh komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito malah kesemua lagu telah menjalani proses rakaman secara langsung (live).
“Saya dah lama pendam impian untuk keluarkan album ini. Saya nak sangat dan sanggup ambil masa yang lama serta berhati-hati dalam pemilihan lagu untuk keluarkan album ini.
“Walaupun nyanyian saya tidak seperti nyanyian asal tetapi sebolehnya saya tidak mahu hilangkan terus keaslian lagu-lagu ini.
“Saya mahu memperkenalkan semula lagu Melayu klasik kepada generasi muda dalam bentuk yang lebih ringan dan segar dalam Belagu.
“Alhamdulillah proses rakaman di sempurnakan dalam masa dua hari, diiringi pemuzik-pemuzik hebat di bawah bimbingan Aubrey Suwito,” katanya.
Belagu diterbitkan oleh syarikat milik Dayang Nurfaizah sendiri DN & AD ENTERTAINMENT SDN BHD dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Tudung Periuk didengari sekarang di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 15 Januari 2021.
Sementara album Belagu edisi digital akan dilancarkan pada 12 Febuari 2021. ‘Pre-order, pre-add, pre-save’ di semua platform digital sekarang!
Meskipun kesemua 8 buah lagu ini merupakan lagu-lagu klasik, namun Dayang telah mengambil risiko dengan memberikan nafas baharu dalam lagu-lagu ini termasuklah mempunyai duet bersama penyanyi Hael Husaini menerusi lagu Gurindam Jiwa.
Lapan Trak Dalam Belagu:
1. TUDUNG PERIUK
2. JIKALAU ABANG MERINDU
3. TAK SEINDAH WAJAH
4. MALAM KU BERMIMPI
5. GURINDAM JIWA (Duet Bersama Hael Husaini)
6. TARI TUALANG TIGA
7. DI KIRIM JANGAN DIPESAN JANGAN
8. KENANG DAKU DALAM DOA MU
Fiza Kamarudin
Thu Jan 14 2021


MAK Cakap… Kalau Laki Bini Gaduh, Jangan Campur. Esok Lusa Berbaik, Kita Pula Dikata BUSY BODY!
Apabila emosi menguasai diri, memang semua perkara nak diluah di media sosial, sehinggakan hal dalam kelambu pun jadi tayangan. Kalau lepas iu boleh ‘move on’ tak apa.
.jpg?ext=.jpg)
Azzam Sham, Peluang Kedua & MK KClique Antara Pemenang EDMA 2020
Tahniah kepada semua pemenang!

Atu dan Rykarl Bergaduh Sebab Nak Tahu Siapa Lagi Pandai | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ishh ishh, diorang berdua ni pantang jumpa. Mesti ada je topik nak gaduh, Dah macam anjing dan kucing dah diorang ni.

Sherry Pening, Isha dan Riena Geram dan Syafiq Terciduk | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Hahahaha kelakar laa diorang ni main game ni. Sampai tersasul sasul haa nak cepat punya pasal hahaha. Korang tunggu apa lagi? Jom layan. Confirm pecah beb!

Puan Suhana Taknak Bermadu In Real Life | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ye laa siapa je kan nak hidup bermadu. So jom dengar penjelasan penuh Puan Suhana tentang hidup bermadu.
![[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - Apa Pun Saya Sanggup [VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - Apa Pun Saya Sanggup](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/befunky-collageshuk.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - "Apa Pun Saya Sanggup"
Setiap orang malakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..

Lenggang - Syafiq Naser ft. Le' Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ni haa Lenggang versi duduk rumah. Ni kalau duduk rumah pun dah best, apatah lagi nyanyi Live dengan Le'Lagoo Band dekat studio. Mesti lagi powerr!

Atu dan Rykarl Bergaduh, Sherry Al Hadad Rimas dengan Gempak TV? | Gempak TV S2 - EPS 51 | #EdisiDudukRumah
Bukan Gempak TV laa kalau takde orang bergaduh hahahaha dan betul ke Puan Suhana bagitahu sesuatu pasal episod The Maid akan datang? Mungkin hint siapa pembunuh tu. Apa-apapun korang just stay at home and enjoy!

Orang Ingat Hael, Rupa-Rupanya... | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ooo ni laa yang nyanyi lagu OST The Maid. Alaa drama siri ala-ala ditektif tu yang tengah disiarkan di Astro Ria tu. Bestt tau cerita tu, so makesure korang jangan terlepas tengok The Maid ye!

The Maid | Video Pengakuan - Episod 4
Dalam video pengakuan minggu ini, jom kita kenal dengan mamat-mamat helok dalam The Maid. Korang rasa korang tahu siapa yang min maksudkan? Semestinya 2 pegawai polis yang hensem dan Remy si sado tu. Dan siapa sebenarnya Citra ni? Boleh percaya ke tak boleh di percayai? Semuanya dalam video pengakuan minggu ni! #DramaTheMaid #GempakOriginalSeries #AstroRia