Siapa sangka pelakon terkenal Zul Ariffin, 33 rupanya pernah memulakan kariernya bersama Ashraf Sinclair apabila bergandingan dalam iklan komersial sekitar 2004.
Namun 15 tahun telah pun berlalu dan mereka kini digandingkan sekali lagi menerusi filem aksi terbaru J Retribusi.
Menurut Zul, dia mula mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenal ketika mula berjinak dalam industri.
"Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, akhirnya dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama.
"Agak kelakar juga bila sebelum ini memang kami tak pernah pun berpeluang untuk berlakon sama. Bila dah 15 tahun baru berkesempatan bergandingan," katanya.
Ditanya tentang perubahan wataknya dalam filem terbaru ini, Zul menjelaskan karakter Jay agak berlainan kerana dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).
"Jay sebalikya telah diambil menjadi pengawal peibadi seorang anak orang kaya. Apa yang boleh saya terangkan, watak Jay kali ini lebih bebas dan tidak terhad seperti filem terdahulu," katanya.
Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan dijangka ditayangkan pertengahan tahun depan.
Zul akan bergandingan dengan pelakon Amelia Henderson,Datuk Rosyam Nor, Ashraf Sinclair dan ramai lagi.
Hanafis Haris
Fri Jun 28 2019
Blockout 2024: Wani Kayrie Nasihat - “Kita Ada Hak Untuk Marah Tapi Jangan Sampai Menghina & Mencaci”
Susulan isu gerakan Blockout 2024, penyanyi Wani Kayrie menasihatkan agar semua pihak menjaga tutur kata dalam memberikan sebarang komen.
Kereta Kemalangan Langgar Minyak Atas Jalan, Netizen Salahkan Geng Towing - “Modus Operandi Dah Boleh Baca”
“Malang tidak berbau,” itulah pepatah sesuai digambarkan dalam nasib seorang pengguna jalan raya apabila dirinya terpalit dalam satu kemalangan disebabkan perbuatan keji pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi rakaman papan pemuka (dashboard) kereta yang dimuat naik ke media sosial, difahamkan kenderaan pengguna jalan raya itu hilang kawalan selep
“Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya
Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif dan ugutan terhadap selebriti disebabkan gerakan Blockout 2024.
Haram, Berdosa Tunai Haji Tanpa Visa Haji
Tindakan Rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan fatwa kerajaan Arab Saudi.
Doktor Kerja Sampai Pengsan, Titip Nota Mohon Maaf - “Kami Juga Manusia..”
Sebuah hantaran yang memaparkan gambar papan putih dipercayai berasal daripada sebuah hospital tular baru-baru ini.
DANCE QUEEN IS BACK. STACY ALL OUT DARI AWAL | THE HARDEST SINGING SHOW
Hari tu dalam The Masked Singer Malaysia tak boleh nak menari sangat takut kantoi identiti. Tapi kali ni memang Stacy bagi kaw kaw punya.
#thehardestsingingshow
#thehardest
#thss
#thehardestsingingshow
#thehardest
#thss
KAKA AZRAFF REQUEST KENA GANTUNG | THE HARDEST SINGING SHOW
Yang best kat The Hardest Singing Show ni, kalau untuk persembahan, nak buat persembahan macam mana pun semua boleh. Team production akan cuba realisasikan. Macam Kaka dia mintak nak kena gantung, kita bagi.
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
DEMAM ALAMAK BELUM HABIS, DE FAM DATANG LAGI | THE HARDEST SINGING SHOW
Walaupun raya dah habis, De Fam masih lagi viral ye. Makin viral la lepas join The Hardest Singing Show.
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
Bella Seorang Mudah Dipujuk - “Bagi Bunga Terus Saya Okay”
Pelakon, Bella Astillah membuat pendedahan bahawa dia seorang yang lembut hati dan mudah dipujuk.
Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”
Pelakon Norreen Iman mendedahkan anak perempuannya iaitu Ellen menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.