HIBURAN
Selepas 18 Tahun! My Chemical Romance Bakal Kembali Hiburkan Peminat Malaysia
Band rock terkenal, My Chemical Romance mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah serantau pada tahun hadapan.
Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran rasmi di akaun Instagram mereka pada Isnin.
Lebih menggembirakan, Malaysia turut dipilih sebagai salah satu lokasi jelajah, di mana konsert dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Malaysia, negara lain yang turut terpilih dalam siri jelajah tersebut adalah Korea Selatan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
My Chemical Romance yang dianggotai oleh Gerard Way (vokalis utama), Mikey Way (Bassist), Ray Toro (Gitar Utama), Frank Lero (Gitar ritma) popular dengan lagu-lagu seperti Welcome to the Black Parade, Helena dan I’m Not Okay (I Promise).
Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan sudah tidak sabar menantikan kehadiran band itu ke Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan sudah tidak sabar menantikan kehadiran band itu ke Malaysia.
"MCR in kuala lumpur. Ticketing sales date this 10/11 July!! shut up and take my moneyyyyyy.
"MCR NEXT YEAR AT MALAYSIA!!!!! YAYYYYYYYY!!
"MCR nak datang malaysia. Habis duit akuuuuu.
"Cantik ah MCR datang Malaysia. Harap menang battle nak beli ticket MCR nanti.
"LET'S GOOOOOO. YG LAIN2 KETEPI, LET ME UGLY CRY," komen netizen.
Terdahulu, My Chemical Romance berkunjug ke Malaysia untuk siri jelajah The Black Parade World Tour pada tahun 2007.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.