Selepas 2 Bulan Bernikah, Tegar Umum Berita Gembira... Bakal Jadi Bapa!

Kamaruddin Razal
Mei 7, 2020 00:50 MYT
Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar mengumumkan berita gembira yang isterinya sedang hamil.
Tegar, 19, baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan bintang YouTube, Sarah Sheilka, 23, pada 20 Mac lalu.
BACA: Kahwin Usia 19 Tahun, Tegar Pilih Youtuber Sebagai Teman Hidup
Tegar berkongsi perkhabaran gembira terbabit menerusi salah sebuah enteri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan oleh Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar di temani isteri dan Alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah," tulis Tegar.
Penyanyi itu memuat naik foto dirinya memegang alat ujian kehamilan.
Sarah juga turut berkongsi foto alat ujian kehamilan di laman Instagram miliknya.
"Alhamdulillah di tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan oleh Allah. Bulan Ramadan tahun ini ditemani suami dan diberi kepercayaan untuk menjadi seorang ibu," tulis Sarah.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan salam tahniah kepada pasangan ini dan berharap proses kehamilan dipermudahkan.
Terdahulu, nama Tegar mula dikenali ketika usianya 11 tahun apabila bakatnya dicungkil selepas video kemerduan suaranya sebagai penyanyi jalanan menjadi viral.
#Tegar #Tegar Septian