Laman Utama
Selepas 2 bulan, Seorang Lagi Pelakon Kamen Rider Ditemui Mati Bunuh Diri!
Selepas dua bulan kematian bintang Kamen Rider Sei Ashina, seorang lagi pelakon adiwira popular Jepun itu, Akira Kubodera pula ditemui mati.
Bintang terkenal Jepun yang membintangi Kamen Rider dan Pretty Guardian Sailor Moon itu disahkan mati di apartmentnya, dipercayai akibat bunuh diri.
Media tempatan melaporkan, pelakon berusia 43 tahun itu ditemui koma di kediaman di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital.
Siasatan polis mengesahkan, Kubodera mati akibat membunuh diri.
Kematiannya disahkan agensi pelakon itu dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Menerusi kenyataan tersebut kematian mengejut Kubodera menyebabkan ahli keluarga dan rakan-rakan masih belum menerima hakikat itu.
Mereka masih mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon tidak diganggu pihak media.
Kubodera berkahwin dengan pelakon Yuko Omori dan mereka memiliki seorang anak perempuan.
Terdahulu pada 14 September lalu, Sei Ashina ditemui meninggal dunia di kediamannya, di Tokyo, juga kerana bunuh diri.
Ashina tidak meninggalkan sebarang nota namun laporan mendedahkan mendiang tidak menjawab panggilan telefon dan mesej sejak Ahad.
Mayat pelakon itu dijumpai oleh abangnya di kediaman milik Ashina, sebuah apartment di Tokyo.