Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah

Shahrin Zulkifle
29/06/2022 09:20 MYT
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil pada bahagian leher minggu lalu, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu diuji sekali lagi dengan Covid-19.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik Farahdhiya,38, di akaun Instagram pagi tadi, dia berkata akhirnya dia tewas kepada virus itu dan menganggap ujian yang diterimanya itu sebagai tanda Allah menyayanginya.

“Bukan lauk pantang tapi lauk orang kena covid. Selepas 2 tahun, akhirnya tewas dengan covid.

“Hari ini baru larat post, baru sahaja mula bekerja selepas berehat dari pembedahan, sekarang terpaksa berehat kembali.

It’s ok, Allah sayang, Allah bagi sakit supaya dapat rehat yang banyak,” tulis Farah di ruangan kapsyen.

Sementera itu, Naib Juara Gegarvaganva musim ke-2 itu turut menambah meskipun baru sahaja mula kembali bekerja namun terpaksa membatalkan jadualnya untuk kembali berehat di rumah.

“Terpaksa membatalkan dan menangguh beberapa perkara, saya minta maaf di atas kesulitan ini.

“Saya akan kembali bekerja minggu depan Insyaallah. Terima kasih kepada sahabat baik saya yang hantar ubat,makan dan lain-lain lagi. Awak tahu siapa awak,” tambah Farah ringkas.

Minggu lalu Faradhiya telah selamat menjalani satu pembedahan kecil pada bahagian lehernya, namun jenis penyakit yang ditanggung penyanyi itu enggan dikongsikan.

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

#Viral #Faradhiya #COVID 19 #Gegarvaganva 2
;