Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Selepas 2 Tahun, Liam Payne & Cheryl Cole Berpisah

Amri Hassan
03/07/2018 09:02 MYT
Penyanyi Liam Payne dan kekasihnya, Cheryl Cole telah membuat keputusan untuk berpisah selepas dua tahun bersama.

Pasangan ini sudah tidak kelihatan sehaluan sejak beberapa bulan lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Pasangan tersebut mengumumkan perpisahan mereka menerusi laman Twitter masing-masing.

"Cheryl dan saya berasa sedih untuk mengumumkan bahawa kami akan berpisah mengikut haluan masing-masing.

"Sangat sukar bagi kami untuk membuat keputusan ini. Sebagai satu keluarga, kami masih mempunyai rasa sayang antara satu sama lain.

"Bear adalah dunia kami dan kami berharap agar anda semua menghormati privasi dia," tulis Liam.

Liam dan Cheryl mula bersama pada tahun 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Bear pada tahun 2017.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Hollywoodlife.com
#Berpisah #Cheryl Core #Liam Payne
;