Selepas 20 Tahun, Farah Ann Jadi Gimnas Wanita Malaysia Pertama Ke Sukan Olimpik!
Azwa Rahman
07/10/2019 10:45 MYT
07/10/2019 10:45 MYT
Ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Menerusi laman sosial Instagram, Farah mengumumkan berita baik itu selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.
“Ketika saya menulis kapsyen ini, saya masih tidak percaya bahawa saya berkelayakan untuk ke Sukan Olimpik di Tokyo 2020.
“Inilah impian saya sejak berumur 8 tahun dan melihat ia bakal menjadi realiti merupakan satu perasaan yang tak boleh digambarkan,” tulis Farah menerusi ruangan kapsyen.
Sejurus membuat pengumuman itu, ruangan Instagram Farah turut dibanjiri ucapan tahniah daripada wargamaya serta rakan-rakan selebriti.
“I’m so happy for you! You deserve this, girl. All that hard work will pay off in the end insyallah,” ujar Puan Sri Tiara Jacquelina.
“Congratulations! Thank you for constantly making Malaysia proud. Selamat maju jaya!” ujar pelakon Sharifah Amani.
“Amazing! Huge congratulations. #malaysianpride,” ujar ratu Squash negara, Datuk Nicol David.
Terdahulu, kali terakhir Malaysia menghantar gimnas negara bertanding ke pertandingan berprestij itu adalah pada tahun 2000.

Atlet berusia 25 tahun itu melayakkan diri ke Tokyo setelah menduduki tempat ke-59 dalam kejohanan dunia.