Selepas 24 Jam Menang PRU14, Follower IG Tun Mahathir Naik Setengah Juta

Amri Hassan
Mei 11, 2018 03:37 MYT
Daripada 120,000 followers pada malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jumlah pengikut akaun Presiden Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad meningkat sebanyak lebih 500,000.
Kini, selepas 24 jam memenangi PRU14, jumlah pengikut akaun Instagram beliau mencecah 648,000.
Uniknya, Tun Mahathir cuma mengikut 7 akaun Instagram sahaja dan salah satunya merupakan akaun penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selebihnya, akaun anaknya sendiri Mukhriz Mahathir dan beberapa persatuan politik tempatan seperti Armada PPBM, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan akaun rasmi Pakatan Harapan sendiri.
Manakala, akaun yang mula aktif pada 15 Mac 2018 itu hanya memuat naik 14 keping gambar termasuk yang terbaharu pada malam tadi selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Kemaskini foto-foto akaun Instagram Tun Mahathir juga menghiburkan pengikut beliau dengan kapsyen foto yang bersahaja dan melucukan.
Malah, Tun Mahathir juga ada mengimbas beberapa kenangan ketika usia mudanya sekitar tahun 1970-an.
Apapun, kami di Astro Gempak mengucapkan sekalung tahniah kepada Tun Mahathir yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 malam tadi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @chedetofficial
#Instagram #PRU14 #Tun Mahathir Mohamad