,
Hollywood

Selepas 25 Tahun, Tiba-Tiba Lagu All I Want For Christmas Is You Jadi Juara Carta Billboard!

Amri Hassan
17/12/2019
03:22 MYT
Tiba-tiba, selepas 25 tahun dilancarkan, lagu nyanyian Mariah Carey All I Want For Christmas Is You kini menjadi juara carta Billboard Hot 100 buat pertama kalinya.
Lebih menarik, lagu tersebut turut mengungguli carta Rolling Stones sepanjang minggu ini.
Lagu ratu pop berusia 49 tahun itu dilancarkan pada 1994 sebagai lagu single bukan untuk pasaran komersial bahkan, sebelum ini ia juga tidak layak memasuki carta Billboard Hot 100.
Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, barulah lagu tersebut dianggap layak memasuki carta sehingga berjaya menduduki tangga ketiga pada musim Krismas.
Selain carta Billboard, lagu tersebut turut menduduki tangga teratas dalam platform digital, Amazon Music sejak 25 November lalu.
Malah setakat ini ia mencecah satu bilion tontonan di laman YouTube.
Susulan kejayaan tersebut, ratu Krismas itu menerusi laman Twitternya meluahkan rasa terharu.
"Kita berjaya," katanya ringkas. Sejak All I Want For Christmas Is You dilancarkan, ia telah menerima enam kali pensijilan platinum dari Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Mariah Carey Hilang Ibu & Kakak Yang Pernah Mahu Menjualnya Kepada Bapa Ayam, Meninggal Dunia Pada Hari Sama

gempak
27/08/2024
00:55 MYT
Penyanyi popular Mariah Carey sedang berduka apabila kehilangan dua insan terdekat dalam hidupnya.
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Viral

Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan

gempak
05/05/2024
06:23 MYT
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
Hiburan

Comelnya! Suami Beri Kejutan Hari Jadi, Siap Tempah Papan Iklan Ada Wajah Heliza - “Sanah Helwah Zaujah Ku”

gempak
04/02/2024
04:05 MYT
Comelnya Heliza dan suami ni.