Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas 25 Tahun, Tiba-Tiba Lagu All I Want For Christmas Is You Jadi Juara Carta Billboard!

Amri Hassan
17/12/2019 03:22 MYT
Tiba-tiba, selepas 25 tahun dilancarkan, lagu nyanyian Mariah Carey All I Want For Christmas Is You kini menjadi juara carta Billboard Hot 100 buat pertama kalinya.

Lebih menarik, lagu tersebut turut mengungguli carta Rolling Stones sepanjang minggu ini.

Lagu ratu pop berusia 49 tahun itu dilancarkan pada 1994 sebagai lagu single bukan untuk pasaran komersial bahkan, sebelum ini ia juga tidak layak memasuki carta Billboard Hot 100.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, barulah lagu tersebut dianggap layak memasuki carta sehingga berjaya menduduki tangga ketiga pada musim Krismas.

Selain carta Billboard, lagu tersebut turut menduduki tangga teratas dalam platform digital, Amazon Music sejak 25 November lalu.

Malah setakat ini ia mencecah satu bilion tontonan di laman YouTube.

Susulan kejayaan tersebut, ratu Krismas itu menerusi laman Twitternya meluahkan rasa terharu.

"Kita berjaya," katanya ringkas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sejak All I Want For Christmas Is You dilancarkan, ia telah menerima enam kali pensijilan platinum dari Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).


#Mariah Carey #Mariah Carey #Billboard #All I Want For Christmas Is You