Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Selepas 4 Dekad Jadi Pelakon, Pusaka Merupakan Filem Seram Pertama Saya" - Fauziah Ahmad Daud

Kamaruddin Razal
09/10/2019 01:55 MYT
Pelakon tersohor, Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi pengalaman membintangi filem Pusaka yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Aktres berbakat yang mesra disapa dengan nama Kak Ogy ini menerima tawaran dari pengarah Razaisyam Rashid untuk berlakon dalam naskah seram.

"Filem ini tercatat dalam lipatan sejarah kerjaya saya kerana selepas empat dekad bergelumang dalam dunia lakonan, filem Pusaka merupakan naskah seram pertama saya.

"Sebelum ini, saya tak pernah membintangi sebarang karya misteri atau seram dan ini merupakan pengalaman pertama saya berlakon dalam genre sebegini," dedah Kak Ogy.

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Tambah pelakon prolifik yang berbakat ini, dia menerima tawaran untuk menjayakan karakter dalam filem Pusaka kerana skripnya yang bagus.

"Pertama, saya menerima lamaran pengarah kerana skripnya. Pusaka merupakan satu naskah yang sangat 'stimulating'.

"Jalan penceritaan sangat menarik kerana ia menggabungkan genre seram dan penyiasatan dalam satu naskah yang digarap hebat oleh Razaisyam.

"Saya juga gemarkan cara pengarahan yang ditonjolkan Razaisyam menerusi drama bersiri Mandatori yang disiarkan pada penghujung 2017 di Astro First Eksklusif," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka yang bakal menjengah di pawagam tidak lama lagi!

Selain Kak Ogy, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Fauziah Ahmad Daud #Pusaka #Filem Pusaka
;