Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Selepas 6 Tahun…Kehidupan Saya Kembali…”- Johnny Depp Menang Saman Fitnah Dera Bekas Isteri

Syafiqah Jalal
02/06/2022 01:01 MYT
Pelakon Hollywood, Johnny Depp, 58, memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36 hari ini.

Perbicaraan berlangsung selama enam minggu itu kini berakhir.

“Selepas enam tahun, mahkamah beri kehidupan saya kembali,” katanya selepas memenangi kes berkenaan.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas

A post shared by E! News (@enews)

#saman #Amber Heard #Johnny Depp #Isteri #Fitnah #Menang #Bekan
;