Selepas 7 Tahun Bersama, Kim K Failkan Tuntutan Cerai Terhadap Kanye West
Amri Hassan
20/02/2021 02:45 MYT
20/02/2021 02:45 MYT
Bintang realiti popular Kim Kardashian akhirnya memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Kanye West selepas tujuh tahun bersama.
Pasangan itu bersetuju untuk berbincang mengenai hak penjagaan anak-anak mereka, North, Saint, Chicago dan Psalm.
Sumber memaklumkan kepada E! News punca perpisahan itu berlaku secara baik.
"Kim okey. Dia bimbang tentang privasi dan anak-anaknya. Dia seperti mama bear yang sangat menjaga anak-anaknya," kata sumber itu.
Penguam yang mewakili Kim, Laura Wasser sehingga kini masih belum memberikan komen mengenai isu ini.
Bulan lalu, pasangan itu dilaporkan sedang mengikuti kaunseling perkahwinan namun usaha mereka bertemu jalan buntu.
"Kim sudah penat menunggu. Dia sudah cuba memberikan peluang. Dia mahu melakukannya (cerai) sejak tahun lalu dan sudah memberikan masa yang secukupnya namun inilah waktu untuk dia move on," tambah sumber itu.
Jelas sumber itu lagi, sama ada Kim mahupun Kanye, mereka tidak punyai individu lain mahupun melakukan perkara yang terkutuk sepanjang tempoh itu.
Pasangan itu bersetuju untuk co-parenting biarpun Kanye jarang berada bersama mereka.
Keempat-empat anak mereka berada bersama KIm di kediaman mereka di Calabasas, California sementara Kanye kini menetap di Wyoming.
Kim dan Kanye berkahwin pada 2014.