“Selepas 7 Tahun Menunggu…”- Suraya Selamat Menimang Cahaya Mata

Syafiqah Jalal
Mac 28, 2020 01:35 MYT
Penyampai radio Suraya Borhan selamat menimang cahaya mata pertama selepas tujuh tahun menanti orang baru dalam rumah tangganya.
Suraya, 38, melahirkan seorang cahaya mata perempyan pada jam 3.46 petang semalam.
“Anak saya kini disini…Selepas tujuh tahun menunggu! Terima kasih di atas doa kalian…”tulisnya.
Suraya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Suraya melahirkan bayinya seberat 3.23 kilogram secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Terdahulu, Suraya hampir berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata selepas berkahwin dengan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin pada April 2013.
#Bersalin #Cahaya Mata #Suraya Borhan