gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."
HIBURAN
Tak Sempat Tarik Nafas! Wali Band Buat Penonton 'Goyang' Sampai Hujung Konsert Jiwa Kacau 2025
HIBURAN
Inteam Harumkan Nama Malaysia Di Festival Nasyid Antarabangsa Algeria, Segak Bergaya Dengan Busana Tradisional Melayu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah & Shuib Kembali Berduet! – “Lagu Ni Dah Rakam Sejak PKPB Pertama Lagi…”

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
23/06/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Selepas 9 Tahun, Siti Sarah & Shuib Kembali Berduet! – “Lagu Ni Dah Rakam Sejak PKPB Pertama Lagi…”
Selepas sembilan tahun, Siti Sarah dan Shuib kembali berduet dalam lagu Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC).
Menjadi single kedua pasangan ini, Sarah dan Shuib sebelum ini pernah berduet dalam lagu Cinta Itu Nyawa pada 2012.
Siti Sarah berkata, lagu SBSC sudah dirakamkan sejak setahun lalu, ketika negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang pertama.
“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib.
“Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu lalu sibuk dengan urusan perniagaan, ini adalah waktu yang sesuai untuk lagu diperdengarkan kepada peminat,” katanya.
Tambah Siti Sarah lagi, walaupun tajuk lagu menggambarkan kisah cinta, namun ia bukanlah babak kehidupan yang dilalui mereka.
Mengambil kesempatan melalui keadaan semasa, Siti Sarah yakin dalam keadaan ramai yang berjauhan kini, lagu SBSC cukup sesuai didengar pada masa ini.
“Situasi lagu ini menggambarkan bagaimana dua insan yang saling menyayangi terpaksa berjauhan atas sebab tertentu.
“Dalam tempoh ini wujud pelbagai kejadian yang menduga rasa cinta mereka. Bagaimana ukuran cinta bukanlah berdasarkan jarak tetapi perasaan itu sendiri.
“Dengan keadaan negara kita yang berhadapan dengan pandemik ini, pasti ramai yang melalui situasi yang sama.
“Bukan sekadar tidak dapat bertemu orang tersayang, malah ada yang tidak dapat pulang ke kampung berbulan lamanya untuk bertemu orang tersayang.
“Jadi lagu ini saya anggap cukup kena dengan situasi sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Shub berharap agar lagu ini diterima dan mendapat maklum balas positif daripada pendengar.
“Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini. Selain berharap lagu SBSC dapat diterima dengan baik peminat,” ujarnya.
Lagu terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh Indigital Music ini sudah boleh distrim di semua platform digital.
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#Shuib
#Semakin Benci Semakin Cinta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement