Jika minggu lalu, boleh dikatakan satu Malaysia 'jaw-drop' dengan kemunculan penuh gaya BoBoiBoy dan musuh lamanya Adu Du di rancangan MeleTOP.

Mana tidaknya, BoBoiBoy dan Adu Du buat pertama kali dipertemukan dalam dunia nyata bersama Nabil Ahmad dan Neelofa.

Baca: "Satu Rumah Jaw-Drop!" - Kemunculan ‘Real’ BoBoiBoy & Adu Du Di MeleTOP Buat Ramai Penonton ‘Mind Blown’

Namun jika anda rasa keterujaan itu akan berakhir, tunggu sehingga anda menonton program HLive! pada jam 8.30 malam ini.

Bukan lagi Adu Du, tetapi 'kekasih kebenaran' Papazola sendiri yang akan beraksi bersama BoBoiBoy di HLive!.

Jadi, jika anda mahu melihat kehebatan Papazola mengeluarkan hujah-hujah 'kebenaran' bersama BoBoiBoy malam ini, jangan lupa saksikan HLive jam 8.30 malam ini.

Mesti korang nak tengok #BoBoiBoy dengan Papazola kan?!! Hah apa lagi jom saksikan Hlive jam 8.30 malam ni di Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123! ⚡⚡ BoBoiBoy Movie 2 DI PAWAGAM MULAI 8.8.2019 ini! #BoBoiBoyMovie2 #BBBM2 #BoBoiBoy#AstroShaw #Monsta #MeleTOP

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Sementara itu buat pengetahuan anda, filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) telah mula ditayangkan bermula hari ini.

Jadi jangan lupa dapatkan tiket sekarang dan tonton BBBM2 di pawagam berdekatan.

Anda boleh baca ulasan penuh Gempak tentang BBBM2 di sini:

BACA: [Review] Goosebumps & Ketawa Non Stop...BoBoiBoy Movie 2, Animasi Paling Power Setakat Ini!