Pemain bass kumpulan Seach, Nasir Daud mendedahkan bekas vokalis, Amy terus mendiamkan diri selepas membuat pengumuman pengunduran diri daripada kumpulan itu pada Mac lalu.

Malah panggilan yang dibuat tidak pernah dijawab oleh Amy.

“Sebenarnya saya sendiri tak tahu apa-apa berita mengenainya sekarang ini.

“Selepas Amy umum pengunduran diri itu, saya ada menelefon dia sekali tetapi dia langsung tidak menjawab panggilan saya.

“Kami tiada apa-apa masalah dengannya tetapi Amy sendiri memilih untuk menyepikan diri.

“Saya takt ahu mengapa, mungkin dia belum bersedia untuk bersemuka dengan kami,” katanya kepada Astro Gempak.

Nasir ditemui selepas sidang media Konsert Konsert Search X Awie Cinta Buatan Malaysia di Bukit Kiara Equestrian & Resort, kelmarin.

Selain Nasir, Search turut dianggotai Din (gitar) dan adiknya, Kid (gitar) dan Pae (dram)

Justeru tanpa Amy, Nasir berkata Search terpaksa meneruskan legasi Search yang telah dibina sejak hampir 40 tahun lalu.

“Meskipun Amy tiada tapi bunyi Search itu masih lagi ada pada kami yang menjadi tiang, tunggak dan sendinya.

"Jadi, tidak pernah timbul persoalan Search hilang daripada radar. Kami akan meneruskan tanpa noktah dengan bantuan rakan seperti Datuk Awie menerusi Konsert Cinta Buatan Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Nasir menafikan Awie adalah pengganti Amy.

Search bersama Awie bakal bersatu dalam Konsert Search X Awie Cinta Buatan Malaysia bakal diadakan di Stadium Malawati Sahah Alam pada 12 Disember 2020, bermula jam 9 malam.

Konsert itu yang pada asalnya diberi nama Apologia sepatutnya dijayakan pada 28 Mac lalu di The Bee, Publika namun ia tertangguh kerana negara dan seluruh dunia dilanda pandemic Covid-19.

Dijangka Awie dan Search bakal mempersembahakan lebih 15 lagu-lagu popular Search seperti Mentari Merah Di Ufuk Timur, Cinta Csepi, Kejora, Nur Nilam Sari dan banyak lagi.

Tiket konsert anjuran Imaginex & HS Shazlicious Trading ini berharga RM399, RM299, RM199, RM99 dan RM1000(VVIP).

Peononton yang telah membeli tiket untuk konsert pada Mac lalu, masih sah digunakan untuk konsert pada Disember nanti.

Tiket dan segala informasi konsert boleh didapati di www.ilassoickets.com atau hubungai 03-21706333.