Usahawan Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem telah disahkan mengalami Disleksia.

Menurut Shahida, masalah itu juga telah dialami oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra sebelum ini.

"Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya," kongsinya menerusi Instagram.

Meskipun begitu, Shahida tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.

"Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.

"Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay," tulisnya lagi.

Dating dgn anak bujang hari ni...sebenarnya bawa baem g buat ujian disleksia.....lepas buat test comfirm la ada disleksia sama mcm qadejah....bulan depan masuk sekolah baru la baem ya?.. . Disleksia ni bukan kecacatan ya...dia cuma ada maslaah pembelajaran....cara nya x sama mcm kanak2 biasa...mereka perlu ada cara khas utk mengajar mereka...so parents jgn susah hati ok

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang berlaku pada kanak-kanak.

Kebiasaannya, kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan gigih.

Kredit : Instagram Shahida, Portal MyHealth KKM