Laman Utama
Selepas Anak Popular, Bapa Danish Iskandar Akui Terima Mesej Godaan Daripada Wanita, Diajak Berjumpa - “Terkejut Saya Dibuatnya!”
Ayah kepada pelakon Danish Iskandar, Muhammad Burhanudin, 43, mengakui menerima banyak mesej bukan-bukan selepas kes anaknya yang terlibat dalam pembikinan drama bersiri bertemakan gay viral baru-baru ini.
Muhammad yang juga seorang pelakon berkata, dia berasa terkejut memandangkan dia tidak pernah mengalami situasi seumpamanya sebelum ini.
“Sejak kes anak saya mendapat perhatian, secara tidak langsung saya juga terkena tempias. Apabila berjumpa dengan orang, pasti ada bertanya tentang Danish dan perkembangan kes.
“Selain itu, saya juga banyak menerima mesej-mesej yang berbaur menggoda menerusi Instagram daripada beberapa wanita.
“Ada juga yang mengajak jumpa dan memaksa saya berjumpa. Terkejut saya dibuatnya sebab tak sangka pula ada manusia seperti ini. Namun, saya tak hiraukan mesej-mesej itu,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Muhamamd menambah, selain menerima mesej godaan, dia turut menerima mesej kecaman atau mesej berbaur negatif daripada netizen.
“Sejujurnya saya menerima banyak mesej kecaman daripada netizen. Sangat banyak. Tetapi, saya tak pandang perkara itu sebagai satu hal negatif. Saya pandang positif. Alhamdulillah ia membuka pintu rezeki saya dalam bidang lakonan.
“Hasilnya, banyak tawaran berlakon telah diberikan kepada saya sejak insiden ini,” katanya lagi.
Mengulas pula mengenai pujian yang diterima dalam kalangan netizen terhadap bentuk fizikalnya yang kelihatan tegap walaupun sudah berusia, Muhammad menjawab: “Dulu saya memang pergi gimnasium, jadi bentuk tubuh itu sudah ada.
“Agak janggal juga bila orang asyik puji. Tapi saya balas balik kepada mereka. Kalau nak nampak muda, mulalah amalkan gaya hidup sihat dan bersenam,” tutupnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai sebuah siri bertemakan gay yang dilakonkan oleh pelakon Melayu tempatan. Selain Danish, terdapat dua lagi pelakon yang terlibat iaitu Rees Iskandar dan Hardy Saiful.
Must-Watch Video