Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Australia Dan Indonesia, The Weekend Ke Malaysia?

Asyraf Roslan
28/09/2024 05:55 MYT
Penyanyi popular Amerika Syarikat, The Weekend bakal menamatkan siri jelajah konsert After Hours Til Dawn pada Oktober ini.

Pelantun lagu Die For You itu, dikhabarkan bakal berkunjung ke dua buah lokasi di Melbourne dan Sydney, Australia selepas membatalkannya sebelum ini atas beberapa faktor.

Dengan tamatnya konsert berkenaan, adakah selepas ini The Weekend bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia?

Kerana sebelum ini, pernah tular di sosial media berita mengenai penyanyi tersebut akan berkunjung ke Indonesia pada hujung tahun 2024.

Berita itu sedikit sebanyak sudah pasti memberikan keterujaan buat peminat-peminatnya di sana.

Jika berita kunjungan The Weekend ke Indonesia itu menjadi kenyataan, adakah kemungkinan besar pemenang Grammy Awards itu akan terbang ke Malaysia untuk jelajah yang sama?

Sekiranya benar, ini bermakna peminat boleh menjangkakan kehadiran The Weekend atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye pada tahun 2025.

Sebelum Australia, The Weekend juga telah berkunjung ke Kanada, German, Mexico, Paris, Itali, London dan Amerika Syarikat bagi siri konsert jelajah After Hours Til Dawn.

Penyanyi itu juga sempat melancarkan album terbaharunya yang berjudul Hurry Up Tomorrow pada 8 September lepas.
#Konsert #Indonesia #Malaysia #The Weekend
;