Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Selepas Baca Ni, Mampukah Anda Mengadu Anda Bosan Duduk Di Rumah?" - Nora Danish Kongsi Pengalaman Doktor

Badrul Hashim 19/03/2020 | 01:00 MYT
Hanya dengan tanda pagar #fightcoronavirustogether serta beberapa emoticon sedih, Nora Danish berkongsi pengalaman yang dilalui oleh seorang doktor bernama Francesca Cortellaro di Instagram miliknya.
"Tahukah anda apakah perasaan yang paling dramatik? Menyaksikan sendiri pesakit mati sendirian, mendengar mereka merayu pada anda untuk bertemu anak-anak dan cucu-cucu.
"Pesakit Covid- 19 hanya bersendirian, tiada ahli keluarga di sisi untuk membantu dan bila mereka akan 'pergi', mereka boleh merasakannya," tulis Dr. Francesca Cortellaro.
Tambah Dr. Francesca, pesakit tidak melalui narcolepsy (perasaan ingin tidur dengan tenang). Mereka seolah-olah kelemasan, tetapi mempunyai masa untuk mengetahuinya.
"Kali terakhir adalah malam tadi. Dia seorang nenek dan sangat teringin berjumpa dengan cucu perempuannya.
"Saya keluarkan telefon saya dan membuat panggilan video. Mereka mengucapkan selamat tinggal. Tidak lama kemudian, dia pun meninggal.
Menurut Francesca, hingga kini dia sudah mempunyai senarai panggilan video yang panjang yang dinamakannya senarai selamat tinggal.
"Saya berharap mereka dapat memberikan saya iPad mini, dan saya akan bawa tiga atu empat supaya mereka tidak mati bersendirian.
"Sekarang kalau anda mampu, teruskanlah mengadu yang anda bosan terpaksa berkurung di rumah," tulisnya lagi.

??? #fightcoronavirustogether

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Perkongsian Nora itu menyebabkan ramai netizen berasa sedih dan berharap semua tahu betapa pentingnya duduk di rumah dan mematuhi arahan yang diberikan.
#Nora Danish #Nota Doktor
;