Gaya Hidup

Selepas Baju Raya Inspirasi PKP, Larney Lancar Koleksi Kapsul Yang Boleh Pakai Bila-Bila Masa

gempak
Amri Hassan
30/10/2020
07:20 MYT
Sponsor Banner
Selepas Baju Raya Inspirasi PKP, Larney Lancar Koleksi Kapsul Yang Boleh Pakai Bila-Bila Masa
Selepas mencuri tumpuan dengan koleksi lebaran berinspirasikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jenama fesyen tempatan Larney kembali dengan capsule collection dengan rekaan ringkas dan praktikal.
Masih mengekalkan elemen pleats pada helaian kali ini, kata pengasas Larney, Zura Zaibidi, Capsule Collection 2020 by Larney cukup selesa dan sesuai digayakan sebagai pakaian seharian wanita.
"Sejak penularan wabak Covid-19, tidak banyak acara sosial dianjurkan dan secara tidak langsung permintaan untuk pakaian ke majlis-majlis luar juga berkurangan.
"Menyedari hakikat itu, Larney mengambil inisiatif dengan melahirkan koleksi Capsule Collection 2020 by Larney, iaitu seleksi pakaian yang boleh dipakai pada bila-bila masa.
"Koleksi ini lebih praktikal tetapi masih mengekalkan identiti Larney sesuai untuk segenap wanita sama ada yang bergaya bebas atau berhijab.
"Apa yang dapat saya simpulkan, wanita Larney seorang yang berani kala bergaya. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika ini, maka pakaian Larney juga dijual pada harga yang berpatutan," katanya.
Tidak hairanlah sejak dilancarkan pada September lalu, Capsule Collection 2020 by Larney menjadi bualan hangat, terutama sekali pada pemilihan rona terkini seperti natural dan moss green.
Antara rekaan menarik dari koleksi ini antaranya Venti Skirt, Tia Pleated Pencil Skirt, Bella Skirt dan top glamor seperti Venti Puffed Top, Tia Blazer Top dan Grande Puffed Top.
Kepada yang sukakan sesuatu yang praktikal dan selesa, Bria Pleated Wrap, Venti Shirt Dress dan Selina Shirt Dress.
Bukan sahaja selesa, Capsule Collection 2020 by Larney, ternyata lebih kasual, releks, feminin dan paling utama ia kekal berani.
Selain itu, Larney telah bekerjasama dengan jenama turban terkenal Ilham Echenta menerusi kempen Women Who Can sebagai satu langkah permulaan bagi meluaskan lagi peminat fesyen Larney.
Kerjasama bijak ini telah memberi peluang kepada Larney dan Ilham Ecenta dengan menghasilkan koleksi instant turban dan instant hijab yang mengetengahkan fabrik ikonik, pleats.
Koleksi hijab Larney dijual pada harga RM129 dengan pilihan warna pastel antaranya merah jambu, biru, kelabu, lavender, ivory, hitam, hijau dan banyak lagi.
Capsule Collection 2020 by Larney pula boleh didapati dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM139 sehingga RM289.
Pembelian Capsule Collection 2020 by Larney boleh dibuat dengan melayari laman web www.larney.com.my atau hubungi talian 011-237 94505.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024