Selepas Beberapa Hari Dihentam, Oktovia Manrose Tutup Ruangan Komen

Syafiqah Jalal
Mac 1, 2019 03:26 MYT
Selepas beberapa hari terpalit dengan isu panas apabila menjadi punca kecurangan Aliff Aziz, pelakon Oktovia Manrose bertindak menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya hari ini.
Sebelum ini, laman IG Oktovia menjadi tempat melepas geram serta kecaman daripada netizen yang berang dengan isu kecurangannya bersama Aliff.
Rata-rata menyalahkan Oktovia kerana cuba merosakan rumah tangga Aliff dan isterinya Bella Astilah
Isu tersebut tercetus selepas Bella menerusi akaun IGnya mendedahkan kecurangan suaminya bersama pelakon itu apabila dilihat mesra bersama di sebuah kelab malam.
Malah Bella turut mendakwa Aliff sudah 10 hari tidak pulang ke rumah.
Bagaimanapun Oktovia sudah pun meminta maaf diatas kesilapannya.
Sementara Aliff menerusi kenyataannya kepada media masih berbincang dengan keluarga mengenai hal ini.
#Aliff Aziz #Bella Astilah #Curang #Oktovia Manrose