Hiburan
Selepas Bercerai Berat Angelina Jolie Tinggal 34 Kilogram
Proses penceraian diantara pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie ternyata memberi tekanan kepada kedua pihak.
Menerusi sebuah laporan Kapanlagi, berat badan Angelina dikatakan turun sehingga 34 kilogram kerana dia tidak makan secara sistematik.
"Akibat daripada masalah penceraian, Angelina dikatakan terlampau banyak berfikir sehingga mengakibatkan berat badannya turun.
"Dia tidak makan kerana begitu tertekan dengan masalah yang dihadapinya kini," kata sumber.
Tambahnya lagi, Angelina kini lebih banyak merokok daripada mengambil makanan kerana baginya merokok dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
"Dia tidak makan tetapi lebih banyak menghisap rokok sehingga dua kotak rokok sehari.
"Akibat perbuatannya itu, berat badannya kini turun sehinggakan cuma tinggal kulit dan tulang sahaja dibadannya," ujar sumber.
Olahan oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Kapanlagi