Viral

Selepas Bercerai, Chef Fikree Failkan Nusyuz Untuk Bekas Isteri?

gempak
Amri Hassan
13/06/2019
09:54 MYT
Sponsor Banner
Selepas Bercerai, Chef Fikree Failkan Nusyuz Untuk Bekas Isteri?
Bekas isteri Cef Fikree, Sharifah Zuriehan Ben Yahya mendedahkan bekas suaminya bakal failkan tuntutan nusyuz terhadapnya.
BACA: "Fikree Lepaskan Saya Cara Baik" - Isteri Cef Fikree Mengaku Sudah Berpisah
Kata Zuriehan, selepas diceraikan dia tertekan apabila sering diganggu Fikree dengan pelbagai isu berbangkit.
"Allah tu Maha Besar. Lepas satu... Satu lagi hijab dia buka. Dah la ceraikan saya beberapa hari sebelum raya, nak sangat-sangat lafaz sampai walid suruh sabar tak nak. Benci sangat.
"Lepas tu sekarang nak fail nusyuz pula, duk kalut family perempuan tu pulak tau, tak habis-habis jaga perempuan tu.
"Yang anak demam buat tak tahu. dok tak habis cari salah saya. Kata lepas ceraikan saya awak stop penatlah saya. Semoga Allah lindungi saya dan Jayden," tulisnya menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Perkara itu meraih kata-kata semangat daripada kenalan rapat dan netizen yang meminta agar wanita itu terus tabah.
Dalam tinjauan terkini Gempak, kapsyen entri sama telah disunting Zuriehan.
Zuriehan mendakwa telah diceraikan Fikree pada 30 Mei lalu selepas membongkarkan kisah kecurangan bekas suaminya di laman sosial beberapa hari sebelum itu.
BACA: Lagi Kes Curang Didedahkan di Bulan Ramadan... Isteri Dakwa Chef Fikree Curang Dengan Bini Orang Anak 3
Pasangan itu mula berkenalan pada 2006, seterusnya bertunang pada 2014. Setahun selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki, Jayden Malik, yang kini berusia dua tahun.
Fikree mula dikenali selepas menjayakan program masakan, Hello Bro Tolong Masak, selain menjadi pengacara rancangan, Dapur Panas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live