Gelaran 'beauty with brain' sememangnya layak diberikan kepada pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci.

Menyandang gelaran doktor falsafah (PhD) selepas menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 2016, Wincci kini menerima ijazah sarjana keduanya.

Menerusi kemas kini akaun Instagram Wincci, wanita berusia 33 tahun ini berkongsi berita dirinya menerima ijazah sarjana dalam jurusan Inovasi dan Teknologi Dalam Produksi Muzik di Berklee College of Music, Kampus Valencia di Sepanyol.

Sebelum ini, pelakon filem Kau Yang Satu ini mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan menerima Ijazah Sarjana pertamanya dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Menyandang gelaran Miss Malaysia World 2008, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Wincci

Finally thank you all Master of Music Production, Technology & Innovation! Also for my Master Project I managed to create a hybrid 2D in 360 Dimension music video which I.am going to launch online worldwide on 08/08/2018 , so count down starts Today guys stay tuned ! 终于得到我的音乐制作与科技硕士了!我的硕士project也成功创造全新的2D 360 度的MV, 会在08/08/2018 全球网路首播!倒数今天开始! Akhirnya, Master ke2 Dlm Muzik Produksi, Teknologi & Innovatif. Projek Master Wincci, Wincci berjaya mencipta sesuatu yg baru iaitu 2D 360 Muzik Video. Ia akan dilancarkan 08/08/2018 ! Nantikanlah ! #Inwincciblemusic #Inwinccible360 #Inwinccible #Berkle #Graduation #MPTI #Spain #Valencia

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

My Second Master Graduation from my dream school @berkleevalenciacampus what's different for this time is that I Am Alone By Myself in Spain but thank you for all the wishes online, I need to go to the graduation hall now =) will post more pics later for u all ! 我的第二个硕士毕业典礼,这次不同的是一个人在西班牙,感谢大家的祝福, 好了要进场了,待会再分享我的毕业照片吧! Konvo Utk Master Ke 2 Wincci drp sekolah idaman Wincci @berkleevalenciacampus , kali ni seorang kat Spain, jutaan penghargaan atas ucapan drp anda semua , Wincci kena pergi ke dewan dah, nanti akan post lebih gambar ! #MasterInMusicProductionTechnology&Innovation #MPTI #Graduation #Inwinccible #InwinccibleMusic #Inwinccible360 #Berklee #BerkleeValencia #Valencia #Spain #Convo

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

The Historical Moment For Me @berkleevalenciacampus #Berklee #BerkleeValencia #Inwinccible #Inwinccible360 #Graduation #Inwincciblemusic #Convo #MPTI #MasterInMusicProductionTechnology

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on