Berita
"Selepas Bergelar Suami, Kehidupan Saya Lebih..." - Ameer Forteen
Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar atau Ameer bersyukur dengan kehidupan barunya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Menurut Ameer, dia berasa lebih tenang dan bahagia walaupun tangunggjawab yang dipikul semakin bertambah.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sejak bergelar suami, kehidupan saya lebih bahagia.
"Isteri saya banyak menjaga saya dan kami banyak meluangkan masa bersama, kebanyakkan tempat dia pergi, selalunya dia akan pergi dengan saya.
"Tidak dinafikan tanggungjawab telah bertambah berbanding kehidupan bujang dahulu, tapi ia adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ramai orang, semoga semuanya baik-baik sahaja untuk kami," kata Ameer kepada Gempak.
Ameer dan isterinya, Naja Shamsul Kamar mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu dan mengadakan majlis resepsi sehari selepas mereka diijabkabulkan.
Must-Watch Video