gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
HIBURAN
JKKN & KESUMA Segarkan Warisan Melayu Menerusi ‘Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Selepas Berjaya Genggam ‘Degree’, Tomok Bakal Sambung ‘Master’ Pula - “Perjalanan Baru Buat Saya”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
21/03/2025
20:50 MYT
Sponsor Banner
Selepas Berjaya Genggam ‘Degree’, Tomok Bakal Sambung ‘Master’ Pula - “Perjalanan Baru Buat Saya”
Penyanyi, Tomok memaklumkan bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana atau ‘Master’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Terima tawaran dari UPSI

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail memuat naik hantaran yang memaparkan tangkap layar surat tawaran daripada universiti tersebut.
Surat tawaran tersebut memaparkan maklumat berkaitan tawaran program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu Memori Mungkin Berulang itu berharap agar urusannya dipermudah.

“Perjalanan baharu buat saya selepas (menuntut) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Semoga dipermudah, aamiin,” coretnya ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar bapa kepada tiga cahaya mata itu terus berjaya dalam apa jua perkara.
Terdahulu, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada November 2023.
Sehubungan dengan itu, Tomok turut mencetuskan hasrat untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Tomok
#Ijazah
#Belajar
#Master
#UPSI
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement