BERITA
Selepas Bermimpi, AG Coco Mahu Jual 4 Gitar Kesayangan Untuk Kumpul Dana
Pemain gitar berpengalaman, AG Coco mahu menjual empat koleksi gitar kesayangannya kerana semata-mata mahu mengumpul dana untuk membeli gitar baru.
Ujarnya, dia mencari pembeli yang mahu membeli empat gitar miliknya itu seperti mana dikongsi gambar gitar-gitar tersebut di akaun Twitternya, @agcoco hari ini.
Pada 29 Jun lalu, gitaris itu memuat naik satu status menyatakan dia bermimpi satu jenis gitar yang mula menghantuinya kini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, menerusi gambar berkenaan menunjukkan empat gitar yang dijualnya masih dalam keadaan baik.
Mungkin ada dalam kalangan peminat yang mahu membantu AG Coco membeli gitar yang dijual untuk dia memenuhi impiannya memiliki gitar baru.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @agcoco